NUN DI SUDUT SANA DUNIA

Nun di sudut sana dunia

ada ibu yang berjuang sehabisnya

bagi memastikan bayinya

dapat meneruskan kehidupannya

 

Nun di sudut sana dunia

seorang ayah sanggup menjadikan diri

perisai buat melindungi keluarga

daripada peluru bertubi merata

 

Nun di sudut sana dunia

seorang anak berusaha seluruh qudratnya

bagi memastikan ibu dan ayah yang sedang di hujung nyawa

masih terus bernafas buat menjadi pelindung dirinya dan adik-adiknya

 

Nun di sudut sana dunia

seorang mukmin pasrah pada Tuhannya

diludah, diterajang, disiat kulitnya

hanya kerana mengagungkan Yang Esa

 

Dan kamu di sini resah kerana tidak mendapat perhatian yang dimahukan

kamu di sini berontak kerana tidak peroleh kemudahan diinginkan

kamu di sini menjegil kerana kemahuan dunia dinafikan

hayatilah keinsanan sebelum berdegar kata-kata mari selamatkan insan

 

indian-kashmiri-muslims-offer-prayers-amid-rubbles-of-a-mosque-destroyed-gyf0e8

YOU HAVE NO RIGHT

Just because you are parent/parents does not mean you are allowed to do anything to them. They are children, kids, babies. They are innocent. They cannot think for themselves. Stop hurting them. Stop abusing them. Stop bullying them. You have no right at all to do such thing.

stop

ONCE UPON A TIME

Once upon a time someone came to me and tell me her story:

I got called to the superior of the Director’s office. The moment I came in the office, I was mocked for being too big (meaning too fat) thus my Director was asked to move away a little bit more so I can fit in and have a seat.

Then I was asked to sign a form which apparently I am not authorised to do so. Upon realising this fact my Director and the superior then move to another topic – relating to the programme we organised earlier this morning.

First, the superior highlighted that some of the participants came in late for the programme. It was not supposed to be that way. Then, I was blamed by the superior for not asking the participants to fill up the front seats which I insisted that I have done it and I was satisfied with the seatings. And then I was blamed for being JUST 10 minutes early. I should be earlier is it(???). How much earlier(???). May be 11 minutes earlier. Or may be 10.5 minutes earlier. Or no matter how early I am, I should be blamed. The microphones were assembled right on time by the person in charge. Guess what – my fault too. They should have done it earlier. And then it was highlighted that I did not end the programme right. It should be some other way which frankly speaking I have not known the said way has become a specific rule or regulation to end a certain programme. I also came to understood that the speaker went to different venue earlier and have to commute from that different venue to the actual venue. Of course this was not mentioned or even highlighted as shortcomings because I have nothing to do with it. I was not the one communicating with the speaker. And who do you think the person in charge of communicating with the speaker – Not me of course. So, just leave it be.

With that statement she ended her story. I asked her, what do you want me to say? What do you need?

She answered: I don’t want you to say anything. I just want you to listen to me. To hear me out. To lend me your ear. I just need that. Thank you so much.

youre-Wrong1

PhotoCredit: http://www.clevver.com/

KIRANYA AKU DITANYA…

Kiranya aku ditanya,

Apakah ada perubahan ketara setelah menempuh alam berumah tangga?

Aku akan katakan IA, BENAR SEMATA

Tentu sekali akan berubah, manakan mungkin tidak?

Kalau dulu aku hanya memikirkan diriku,

tapi kini aku perlu memikirkan diriku, suamiku, anak-anakku, keluarga suamiku, keluarga besar suamiku tanpa meninggalkan keluargaku

Kalau dulu aku boleh sepenuh masa hanya melakukan pekerjaan, pembelajaran ku

tapi kini aku perlu mengambil kira redha dan restu suamiku dalam pekerjaanku dan pembelajaranku

Kalau dulu aku sepenuh masa hanya menilai apakah ia cantik atau elok untukku

tapi kini aku perlu mengambil kira cantik dan elok pada mata suamiku terlebih dahulu

Kalau dulu langkah ku ke sana sini bebas semahuku

tapi kini ia dibatasi dengan keizinan suamiku

Kalau dulu aku boleh tekun menghabiskan masa dengan hobiku

tapi kini kedudukan hobiku teletak pada anak tangga terakhir setelah didahului kesukaan suamiku dan keperluan anak-anakku

Untuk apa? Mengapa? Perlu apa hingga tahap ini aku meletakkan diriku?

Kerana redha Tuhanku. Kerana redha Tuhanku. Kerana redha Tuhanku. Ia terletak pada redha suamiku.

Dan di situ dijanjikan Sakinah, Mawaddah, Maghfirah wa Rahmah

Namun kamu tidak pernah bertanya. Kamu hanya tahu menghukum semata.

Kamu hukumkan salah, kolot, tidak moden, tidak sepatutnya, aku ini tidak lagi seaktif sewaktu zaman bujang yang lalu, ada lagi perjuangan yang lebih utama dan pelbagai lagi yang alasan yang boleh dicipta

Kamu hukumkan salah atas nama hak asasi manusia bahkan dikatakan tidak kena atas nama agama – ada perjuangan yang lebih utama.

Kata kamu lagi manakan boleh manusia tunduk memperhamba pada manusia bergelar suami yang banyak lemahnya

Tetapi ku lihat tidak pula dihukum mereka yang menjadi hamba jenama, kerjaya, teknologi maya, fesyen, kecantikan muka, jawatan, kenamaan dan sebagainya

Sebaliknya pabila aku cuba mengutamakan atau mendahulukan suami atas nama mencari redha Tuhan Yang Esa maka itu kamu kata tidak sepatutnya. Lalu izinkan aku yang bertanya padamu: Apakah yang engkau perjuangkan sebenarnya?

Islamic Quotes on Marriage (5)

PhotoCredit: http://quotesgram.com/islamic-marriage-quotes/

BERKATALAH YANG BAIK ATAU DIAM!

Hati ini terusik apabila ada so-called warisatul anbiya’ dikenakan tindakan bukan kerana ilmunya atau isi kata-katanya tetapi sebaliknya akhlak kata-katanya. Ini bukan kali pertama saya rasa teguran atau tindakan disuarakan / diambil ke atas orang-orang yang berilmu kerana kata-katanya, atau lebih tepat akhlak dalam berkata-kata. Janganlah sehingga orang awam, generasi muda atau kanak-kanak mengambilnya sebagai model dalam kehidupan. Lupakah kita telah diberi ultimatum antara dua – berkatalah yang baik-baik atau lebih baik diam sahaja. Siapakah kita sehingga mencipta pilihan ketiga pula? Rasulullah SAW yang kita kenal ialah pembawa rahmat kepada alam, contoh ikutan terbaik dan diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sekalipun golongan kufar dan Jahiliyah ingkar terhadap ajaran yang Baginda bawa, namun kesemua mereka bersetuju bahawa Baginda merupakan insan yang terbaik akhlaknya. Lupakah kita? Atau kita memilih untuk tidak menuruti Baginda?

words hurt v3

PhotoCredit: http://memyinnerthoughts.blogspot.my

Azab Hati

Tiap yang Allah janjikan pasti akan berlaku. Apabila mungkar dan maksiat yang berleluasa dijanjikan azab, maka ia pasti akan tertimpa. Yang jelas ialah azab yang terlihat pada pandangan mata – kehilangan, kemalangan, bencana dan sebagainya. Yang terselindung termasuklah azab hati. Bahkan ini azab yang lebih perit lagi – apa jua perkara di dunia tidak mampu lagi menenangkan hati, tidak dapat lagi membahagiakan hati, tidak upaya lagi melapangkan hati. Sesungguhnya inilah azab yang sangat perit.

Integrity

What does it really mean to each one of us? Is it just a pun? Do you even know what it actually means? Come on! Walk the talk!

Blog at WordPress.com.

Up ↑