KIRANYA AKU DITANYA…

Kiranya aku ditanya,

Apakah ada perubahan ketara setelah menempuh alam berumah tangga?

Aku akan katakan IA, BENAR SEMATA

Tentu sekali akan berubah, manakan mungkin tidak?

Kalau dulu aku hanya memikirkan diriku,

tapi kini aku perlu memikirkan diriku, suamiku, anak-anakku, keluarga suamiku, keluarga besar suamiku tanpa meninggalkan keluargaku

Kalau dulu aku boleh sepenuh masa hanya melakukan pekerjaan, pembelajaran ku

tapi kini aku perlu mengambil kira redha dan restu suamiku dalam pekerjaanku dan pembelajaranku

Kalau dulu aku sepenuh masa hanya menilai apakah ia cantik atau elok untukku

tapi kini aku perlu mengambil kira cantik dan elok pada mata suamiku terlebih dahulu

Kalau dulu langkah ku ke sana sini bebas semahuku

tapi kini ia dibatasi dengan keizinan suamiku

Kalau dulu aku boleh tekun menghabiskan masa dengan hobiku

tapi kini kedudukan hobiku teletak pada anak tangga terakhir setelah didahului kesukaan suamiku dan keperluan anak-anakku

Untuk apa? Mengapa? Perlu apa hingga tahap ini aku meletakkan diriku?

Kerana redha Tuhanku. Kerana redha Tuhanku. Kerana redha Tuhanku. Ia terletak pada redha suamiku.

Dan di situ dijanjikan Sakinah, Mawaddah, Maghfirah wa Rahmah

Namun kamu tidak pernah bertanya. Kamu hanya tahu menghukum semata.

Kamu hukumkan salah, kolot, tidak moden, tidak sepatutnya, aku ini tidak lagi seaktif sewaktu zaman bujang yang lalu, ada lagi perjuangan yang lebih utama dan pelbagai lagi yang alasan yang boleh dicipta

Kamu hukumkan salah atas nama hak asasi manusia bahkan dikatakan tidak kena atas nama agama – ada perjuangan yang lebih utama.

Kata kamu lagi manakan boleh manusia tunduk memperhamba pada manusia bergelar suami yang banyak lemahnya

Tetapi ku lihat tidak pula dihukum mereka yang menjadi hamba jenama, kerjaya, teknologi maya, fesyen, kecantikan muka, jawatan, kenamaan dan sebagainya

Sebaliknya pabila aku cuba mengutamakan atau mendahulukan suami atas nama mencari redha Tuhan Yang Esa maka itu kamu kata tidak sepatutnya. Lalu izinkan aku yang bertanya padamu: Apakah yang engkau perjuangkan sebenarnya?

Islamic Quotes on Marriage (5)

PhotoCredit: http://quotesgram.com/islamic-marriage-quotes/

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑