BERKATALAH YANG BAIK ATAU DIAM!

Hati ini terusik apabila ada so-called warisatul anbiya’ dikenakan tindakan bukan kerana ilmunya atau isi kata-katanya tetapi sebaliknya akhlak kata-katanya. Ini bukan kali pertama saya rasa teguran atau tindakan disuarakan / diambil ke atas orang-orang yang berilmu kerana kata-katanya, atau lebih tepat akhlak dalam berkata-kata. Janganlah sehingga orang awam, generasi muda atau kanak-kanak mengambilnya sebagai model dalam kehidupan. Lupakah kita telah diberi ultimatum antara dua – berkatalah yang baik-baik atau lebih baik diam sahaja. Siapakah kita sehingga mencipta pilihan ketiga pula? Rasulullah SAW yang kita kenal ialah pembawa rahmat kepada alam, contoh ikutan terbaik dan diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sekalipun golongan kufar dan Jahiliyah ingkar terhadap ajaran yang Baginda bawa, namun kesemua mereka bersetuju bahawa Baginda merupakan insan yang terbaik akhlaknya. Lupakah kita? Atau kita memilih untuk tidak menuruti Baginda?

words hurt v3

PhotoCredit: http://memyinnerthoughts.blogspot.my

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑